Juara Codashop Global Series Januari Malaysia PUBG Mobile 2021 – TT SAVIOUR

0
560

PUBGJuara Codashop Global Series Januari Malaysia 2021 – TT Saviour

Permulaan tahun 2021 sudah semestinya istimewa buat Juara CGS Januari Malaysia, TT SAVIOUR ? Tahniah juga diucapkan kepada Naib Juara kejohanan CGS kita kali ini, Equinox! ⚔

Tentang TT Saviour 

Admin berpeluang untuk meng-‘interview’ team TT SAVIOUR untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kumpulan mereka. Pada CGS yang lepas, mereka berjaya ke pusingan akhir dan menumpaskan 128 squad yang lain dengan mendahului carta pungutan mata.

Jom kita tengok apa yang menarik tentang TT SAVIOUR;

1. Hi TT Saviour, boleh introduce team? Apa maksud nama team korang?

TT ialah nama clan kami iaitu TiyTed Gaming dan Saviour jika diterjemahkan ke Bahasa Melayu ialah penyelamat. Ini bermaksud kami akan sentiasa bersedia untuk menyelamatkan antara satu sama lain di dalam pasukan agar sentiasa berjaya bersama-sama dan meneruskan impian kami.

Sumber: TT Saviour

2. Apa yang buatkan korang suka atau mula main PUBG Mobile?

Melihat player streaming online dan kebanyakannya idola PUBG Mobile. Disamping itu, keinginan untuk membuktikan yang kami juga setaraf untuk menyaingi pemain-pemain profesional.

3. Berapa kerap korang train together?

Pasukan kami akan sentiasa training dalam masa 5 jam bersama-sama menerusi scrim-scrim yang disediakan oleh manager kami dan selebihnya selama 2-3 jam kami akan melakukan individual training seperti training close combat atau pun pemantapan kawalan recoil di training ground atau classic.

4. Apa 1 tips yang korang boleh bagi untuk team yang baru nak cuba join tournament?

Menang atau kalah belakang cerita yang penting tambah pengalaman untuk improve gameplay dan mesti memiliki visi yang jelas ketika melakukan sesuatu perkara supaya kita tidak mudah putus asa.

5. Dari 10/10, berapa rate korang bagi untuk performance TT Saviour masa final round? Kenapa?

7/10. Sejujurnya pasukan kami mengalami sedikit performance drop sebelum kejohanan ini bermula apabila planning dengan gameplay pasukan kurang memuaskan ketika bermain di kejohanan lain. Namun ketika di kejohanan ini, pasukan kami tampil bangkit untuk memperkemaskan gameplay namun jelas masih ada kekurangan dari segi individual mistake dan juga team plan yang ditampilkan ketika kejohanan berlangsung.

6. Apa impression korang terhadap team opponent yang lain dan macam mana korang nilai performance mereka masa final?

Semua team opponent mempunyai firepower yang tinggi dan strategi yang mantap serta memiliki potensi yang lebih besar untuk maju ke peringkat lebih tinggi.

7. Ada plan untuk jadi pro player and join semi pro league in the future?

Kami sepasukan mempunyai impian untuk menjadi pro player dan mengharumkan nama team serta Malaysia.

8. Just curious, pernah dengar pasal Codashop tak before join Codashop Global Series? Tak pe kalau tak pernah haha

Pernah dengar Codashop daripada streamer-streamer Facebook Gaming dan terdapat teammates yang banyak membeli diamonds di Mobile Legends menerusi Codashop.

9. Masa live tournament, macam mana TT Saviour manage? Berkumpul sesama or keep your communication through phones?

Keep communication through phones dan banyak melakukan analisis sendiri untuk diterapkan ketika bermain.

10. Ada any PUBG Mobile pro players yang the team jadikan contoh? Kenapa?

Banyak team Malaysia kini sedang meningkat naik dan kita juga dapat melihat banyak bakat baru yang kini hangat dalam bidang PUBG Mobile ini tetapi kami memilih untuk lebih mengkaji gameplay team-team bertaraf dunia dan diterapkan dalam gameplan kami. Maksudnya lebih kepada mengambil contoh yang baik dari mana-mana pasukan dan mengkaji kekurangan mereka yang boleh kami elakkan.

Menarik sungguh jawapan yang diberikan oleh TT Saviour!? Jom kita saksikan highlight atau aksi menarik dari livestream CGS Januari kita yang lepas;

Tahniah sekali lagi dan Codashop nak ucapkan semoga berjaya di masa hadapan! Untuk team-team yang lain, jangan risau! CGS akan diadakan setiap bulan. Jangan lupa untuk follow dan like page Facebook Codashop Malaysia kalau tak nak ketinggalan maklumat-maklumat penting berkaitan CGS mahupun promosi menarik! ?

Jumpa korang semua di Codashop Global Series Februari 2021 yang akan berlangsung pada 21 dan 22 Februari akan datang ?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here