Juara Codashop Global Series Februari Malaysia PUBG Mobile 2021 – TheFarang Guerilla

0
551
PUBG
Sumber: TheFarang Guerilla

Juara Codashop Global Series Februari Malaysia 2021 – TheFarang Guerilla 

Tahniah diucapkan kepada Juara kejohanan CGS kita kali ini, TheFarang Guerilla! ⚔

Tentang TheFarang Guerilla

Pada CGS yang lepas, mereka berjaya ke pusingan akhir dan menumpaskan 15 squad yang lain dengan mendahului carta pungutan mata. Apa strategi atau tips yang mereka ada bagi membolehkan team ini bergelar Juara? Jom kita lihat!

1. Hi TheFarang Guerilla, boleh introduce team? Apa maksud nama team korang?

Hai, TheFarang adalah mama clan kami dan Guerilla ialah nama lineup Kami . TheFarang bermaksud lain daripada lain dan Guerilla (maksud: menggunakan taktik serang hendap, sabotaj, serbuan, taktik serangan dan lari, dan mobiliti) mencerminkan gameplay kami.

2. Apa yang buatkan korang suka atau mula main PUBG Mobile?

Pada asalnya kami semua main PUBG Mobile hanya atas dasar “just for fun” . Tiba-tiba terdetik untuk menjadi pemain professional PUBG Mobile .

3. Berapa kerap korang train together?

Kami akan train 8 jam setiap sehari.

4. Apa 1 tips yang korang boleh bagi untuk team yang baru nak cuba join tournament?

Untuk team yang baru nak mencuba join tournament, jangan patah semangat apabila kalah. Bangkit dan teruskan training.

5. Dari 10/10, berapa rate korang bagi untuk performance team TheFarang Guerilla masa final round? Kenapa?

Saya bagi 8/10 sebab map pertama dan map ketiga kami tidak berjaya untuk mendapatkan WWCD hahaha

6. Apa impression korang terhadap team opponent yang lain dan macam mana korang nilai performance mereka masa final?

Semua team yang bermain pada Grand Final haritu semuanya mantap dan mempunyai fire power yang padu. Boleh dikatakan mereka semua memberikan saingan yang hebat!

7. Ada plan untuk jadi pro player and join semi pro league in the future?

Ada, kami Farang Guerilla mempunyai satu impian yang sama untuk menjadi pro player dan ingin mewakili negara Malaysia dalam tournament peringkat dunia suatu hari nanti.

8. Just curious, pernah dengar pasal Codashop tak before join Codashop Global Series? Tak pe kalau tak pernah haha

Mestilah pernah dengar sebab kawan kawan top up UC di Codashop hahaha

9. Masa live tournament, macam mana TheFarang Guerilla  manage? Berkumpul sesama or keep your communication through phones?

Kami duduk bersama, dimana semua player TheFarang Guerilla berada di gaming house sekali. Itu merupakan satu advantage untuk kami perbetulkan cara berkomunikasi antara satu sama lain dengan cepat.

10. Ada any PUBG Mobile pro players yang the team jadikan contoh? Kenapa?

Team Secret! Team Secret sudah mewakili Malaysia di tournament peringkat dunia dan kami juga ingin mengikut jejak mereka.

Jom kita saksikan sedikit aksi dari TheFarang Guerilla pada CGS Februari yang lepas;

Wah, besar sungguh impian TheFarang Guerilla! ? Kami di Codashop akan sentiasa ada di belakang untuk menyokong hasrat dan cita-cita team esports di luar sana.

Jangan lupa untuk follow dan like page Facebook Codashop Malaysia kalau tak nak ketinggalan maklumat-maklumat penting berkaitan CGS mahupun promosi menarik! ?

Jumpa korang semua di Codashop Global Series Mac 2021 yang akan berlangsung pada 19 dan 22 Mac akan datang ?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here