Cara Untuk Farm Battle Points Mobile Legends Dengan Pantas

0
3478

MLBB Tips to get Battle Points Fast and Easy

Battle Points dapat beli benda-benda cool dalam MLBB

Battle Points ataupun BP, ialah mata wang dalam permainan yang boleh diapati. Disamping Diamonds dan Fragments, anda juga boleh menggunakan BP untuk membeli item yang menarik. Pemain boleh mendapatkan sejumlah nilai BP apabila mereka habiskan satu perlawanan, guna BP cards, dan juga dengan menjual inventori item.

Ingin mendapatkan Gusion tetapi masih kekurangan beberapa ribu pada BP? Jangan bimbang!  Kami  telah menyenaraikan di mana dan bagaimana anda dapat memperoleh BP, cara terpantas dan termudah!

Di mana anda boleh menggunakan Batte Points?

Battle Points boleh digunakan untuk membeli item berikut:

Melalui Shop:

Heroes: Nilai dalam lingkungan 6500 – 32000 BP 

Commanders: Untuk Magic Chess. Nilai dalam lingkungan 15000 – 24000 BP

Champion Shop

Preparation:

Emblem Matrix:  Dapatkan 1x (600 BP), Dapatkan 5x (2700 BP)

Emblems: Limited Emblem Chest (400 BP), Lucky Common Emblem Chest (800 BP), Common Emblem Chest (1600 BP)

Preparation Shop

Di mana anda boleh mendapatkan Battle Points?

Ada beberapa cara yang anda boleh gunakan untuk farm BP dengan senang. Anda hanya perlu menyelesaikan tugas atau task, memenuhi keperluan tertentu walaupun hanya dengan bermain. Ianya PERCUMA! Jom kita mulakan dengan cara paling mudah.

  • Chest Percuma: Ya, ianya percuma. Buka chest percuma 4 jam sekali (2 max) untuk dapatkan ganjaran termasuk 40 – 50 Battle Points, emblem fragments secara rawak, Premium Skin Fragment dan lebih lagi. Senang dan mudah! 

Chests

  • Daily Quest: Anda boleh dapatkan BP dengan menyelesaikan Daily Quest (dapatkan sebanyak 230 BP dalam satu hari) selepas anda mendapatkan aktiviti poin tertentu. Capai skor aktiviti terkumpul 800 dalam seminggu dan anda akan dapat 500 Poin Pertempuran tambahan serta ganjaran hebat lain!

Daily Quest

  • Lucky Spin: Anda rasa macam bertuah? Pergi ke tab Shop dan pilih Lucky Spin. Klik pada butang tengah besar untuk mengaktifkan rolet untuk peluang memenangi 300 BP dan ganjaran rawak lain (Featured Hero/Skin, Skin Trial Pack, Lucky Game Fragment, dan banyak lagi). Ia juga memberi anda cabutan betrtuah percuma  setiap beberapa hari. Putaran berkala berharga 20 Tiket.

Lucky Spins

  • 7-Day Login: Macam ni, jika anda login ke dalam MLBB setiap hari, anda akan peroleh pelbagai ganjaran berbeza setiap hari secara percuma. Dan ia termasuk 300 Battle Points pada hari yang ke-5.

7 Day Login

  • Dapatkan Credit Skor yang bagus: Ye, Credit Score anda amat penting dan anda akan peroleh ganjaran disebabkan Credit Score. Jika anda main secara baik (tanpa ada perlanggaran peraturan seperti AFK) dan menjaga skor kredit 110, anda akan peroleh peluang untuk mendapatkan ekstra 10% Battle Points selepas setiap perlawanan. Nilai BP yang anda peroleh setiap minggu and naik daripada 7500 kepada 8500. Woot! 

Credit Score

  • Achievements: Selepas anda berjaya mendapatkan beberapa Achievements dan menyelesaikan beberap tugas lain, anda bakal memperoleh Battle dan Achievement Points. Beberapa pencapaian amat mudah untuk diperoleh jadi pastikan mendapatkan semua achievement yang ada. 

Achievements

  • Main lebih banyak perlawanan “Brawl”: Sekiranya anda lebih meminati permainan yang pendek, Brawl diciptakan untuk anda. Dengan Brawl, and  bukan sahaja dapat meningkatkan skor kredit anda yang hilang kerana laporan tingkah laku dan pelanggaran AFK, tetapi juga sumber Battle Points segera. Anda juga boleh memilih pertandingan AI – berlatih wira anda melawan bot AI – untuk mendapatkan BP.

Brawl matches

  • Trial Cards: Okay mengaku cepat, Trial Card memang fungsi! Kad tersebut dapat membantu kita melihat kemampuan hero ataupun apa efek khas skin tersebut. Tapi setelah anda memiliki  hero tersebut, anda tahu tak yang anda boleh tukar Trial Card kepada…. SURPRISE! 30 Battle Points setiap satu. Anda hanya perlu cari ikon dengan koin berwarna emas di sudut kanan atas. 

Trial Cards

  • Jual item: Setelah beberapa lama, inventori anda akan menjadi semakin penuh dengan barang atau item yang jarang gunakan. Item ini digunakan untuk memperdagangkan ganjaran eksklusif acara, dan jika anda mempunyai lebihan, anda boleh menjualnya untuk mendapatkan lebih banyak Batlle Points. Pastikan untuk melakukan pemeriksaan inventori secara berkala untuk memperoleh purata 30 BP untuk masing-masing.

Sell stuff

  • Mail: Biasakan periksa mail anda. Anda tidak akan tahu hadiah apa yang menunggu. Anda boleh mendapatkan BP tambahan yang dihasilkan oleh sistem sebagai hasil pelepasan item acara, ganjaran kemas kini, dan pampasan lain.
  • Ganjaran Skuad: Adakah anda dan rakan anda dalam satu Skuad? Skuad boleh mengandungi maksimum 9 ahli. Selain keberkesanannya dalam membantu anda naik taraf, anda juga boleh mendapat ganjaran tambahan berdasarkan aktiviti kumpulan, termasuk BP yang berharga.

Squad Rewards

  • Gunakan Kad BP: Anda mahukan BP yang lebih pantas? Aktifkan Double BP Card anda untuk memperoleh BP dua kali ganda. Kad BP tersedia pada jangka masa yang berlainan, dari kesan 1 Hari, 3 Hari hingga 7 Hari. Yang terbaik, ia juga meningkatkan Battle Points maksimum anda yang dapat dikumpulkan selepas setiap perlawanan sebanyak 1500 untuk setiap minggu.

Use BP Cards

  • Main dan jadilah MVP: Akhirnya, anda dapat memperoleh Battle Points dengan hanya bermain dan menikmati permainan. Semakin banyak perlawanan yang anda mainkan, semakin banyak BP yang anda dapat. Ini membantu jika anda memenangi perlawanan dan tampil jauh lebih baik daripada yang lain. Ini kerana, dengan merebut plum MVP anda akan mendapat lebih banyak Battle Point daripada yang lain.

Sekiranya anda bermain secara konsisten, menyelesaikan misi secara aktif, dan memenuhi syarat-syarat tertentu, anda akan memperoleh sehingga lebih dari 10,000 battle Points setiap minggu. Semoga berjaya dan selamat bermain!

Jangan lupa untuk top-up Diamond Mobile Legends anda hanya di Codashop. Kami menjamin top-up yang lebih cepat dan lebih mudah supaya anda dapat menikmati pengalaman permainan tanpa gangguan.

BUY APP & GAME CREDITS ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here