Juara Codashop Global Series Disember Malaysia 2021 – IMG MEGA

0
964

Codashop Global Series Juara Codashop Global Series Disember Malaysia 2020 – IMG Mega

Kita berjaya melabuhkan tirai 2020 dengan meraikan Juara CGS Disember Malaysia 2020 (PUBG Mobile), IMG MEGA. Tahniah juga diucapkan kepada Naib Juara kejohanan CGS kita kali ini, Borneo United Sports! ⚔

Tentang IMG Mega 

Mesti korang nak tahu lebih pasal team Juara kita kali ni kan? Admin berpeluang untuk meng-‘interview’ team IMG MEGA untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kumpulan mereka. Pada Disember lepas, mereka berjaya ke pusingan akhir dan menumpaskan 16 squad yang lain dengan mendahului carta pungutan mara. Kesemua 16 squad melalui 2 pusingan dengan 2 map yang berbeza.

Jom kita tengok apa yang menarik tentang IMG Mega;

1. Hi IMG Mega, boleh introduce team? Apa maksud nama team korang?

Nama Mega maksud dia ada dua .. satu besar dan satu lagi maksud dia adalah sangat baik dalam sesuatu perkara. Jadi impian kita orang nanti akan mempunyai kekuatan yg besar yang akan digeruni oleh team lain.Dan kita orang sentiasa buat yang terbaik latihan untuk menjadi pemain professional suatu ketika nanti.

Codashop Global Series
Sumber: Team IMG Mega

2. Apa yang buatkan korang suka atau mula main PUBG Mobile?

Bermula karier kami bermain PUBG Mobile semasa game tersebut baru sahaja dikeluarkan dari Appstore/Playstore dan dari situ kami bermain. Kami tak pernah merancang untuk join tournament , tapi bila dah terlalu lama main kami ingin merasai suasana tournament dan dari situ kami training.

3. Berapa kerap korang train together?

1 hari kami training 5 ke 6 jam. Untuk memastikan communication dan chemistry antara kami semua lebih alert dan peka untuk setiap situation yang kami akan lalui didalam tournament.

4. Apa 1 tips yang korang boleh bagi untuk team yang baru nak cuba join tournament?

Tips untuk yang baru nak join tournament,  keep training, bila traning buat yang terbaik banyak kan belajar dan terima teguran dari kawan.

5. Dari 10/10, berapa rate korang bagi untuk performance IMG Mega masa final round? Kenapa?

Performance kami di final round , kami semua All out 10/10 untuk team kami. Dan kami semua peka dalam setiap situation.

6. Apa impression korang terhadap team opponent yang lain dan macam mana korang nilai performance mereka during final?

Semua team bermain dengan baik. Dari segi rotation dan cover fire untuk team memang sangat bagus.

7. Ada plan untuk jadi pro player and join semi pro league in the future?

Kami 1 team memang berhasrat untuk menjadi competitive player dan ingin mencari sponsor untuk kami. InshaAllah kami buat yang terbaik andai kata kami dapat sponsorship.

8. Just curious, pernah dengar pasal Codashop tak before join Codashop Global Series? Tak pe kalau tak pernah haha

Before PUBG Mobile keluar kami main Mobile Legends Bang Bang, dari situ kami tahu dan selalu beli Diamond dari Codashop.

9. Masa live tournament, macam mana IMG Mega manage? Berkumpul sesama or keep your communication through phones?

Communication kami hanya di phones dan kami kena lebih peka disetiap situation dan kami cuma buat yang terbaik untuk nama clan yang kami bawa.

10. Ada any PUBG Mobile pro players yang the team jadikan contoh? Kenapa?

Semua team yang join tournament besar contoh PMPL, PMNC . Semua contoh kami ambil dari situ dan ambil point-point yang penting dan jadikan satu idea untuk kami terus meningkatkan skill kami satu team.

WOW! Admin rasa semangat teruk lepas dengar jawapan-jawapan dari IMG Mega ? Jom kita saksikan highlight atau aksi menarik dari livestream CGS Disember kita yang lepas;

Tahniah sekali lagi dan Codashop nak ucapkan semoga berjaya di masa hadapan! untuk team-team yang lain, jangan risau! CGS akan diadakan setiap bulan. Jangan lupa untuk follow dan like page Facebook Codashop Malaysia kalau tak nak ketinggalan maklumat-maklumat penting berkaitan CGS mahupun promosi menarik! ?

Jumpa korang semua di Codashop Global Series Januari 2021 yang akan berlangsung pada 24 dan 25 Januari akan datang ?

BUY APP & GAME CREDITS ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here