Strategi ML Gaming: Bagaimana Untuk Jadi Efektif Dalam Peranan Anda

0
4302

Mobile Legends Featured Image Banner

Memenangi permainan di Mobile Legends bukan sekadar membunuh musuh yang menghalang. Ia memerlukan pengguna untuk memahami bagaimana setiap wira berfungsi, bagaimana memaksimumkan peranan utama mereka, dan bagaimana untuk melengkapkan setiap gaya permainan. Awasi peta untuk mengawasi pergerakan musuh dan tentukan waktu untuk membantu rakan sepasukan. Sangat penting untuk menggunakan strategi pasukan dengan baiki untuk mendapatkan sumber daya yang paling banyak dan menampung tugas yang ditentukan. 

Gameplay Marksman

Untuk marksman, farming haru diutamakan. Mereka sepatunya boleh farm lebih cepat dari team lawan. Jadi, jungle item level 3 amat disyorkan untuk pengalaman yang lebih tinggi. Kebolehan untuk marksman capai level tinggi dengan cepat amat penting! Kedudukan marksman semasa perlawanan juga amat penting dan boleh mengubah corak perlawanan. 

Tank Gameplay

Tank seharusnya dijadikan tonggak utama yang boleh diharap oleh pemain yang lain. Bersama dengan support pilihan, mereka sepatutnya melindungi shooter dan jangan biarkan mereka mati walau apa pun keadaan. Anda juga boleh belajar berapa banyak damage yang wira anda boleh tampung . Ini membolehkan anda untuk anggar berapa lama anda bertahan dalam satu pertempuran. 

Support Gameplay

Support seharusnya pakar dalam membunuh musuh yang menjengkelkan. Faktor penyembuhan amat penting bagi semua orang untuk bertahan lebih lama dalam pertempuran berpasukan, ditambah dengan kelajuan pergerakan tambahan untuk mengelakkan kawalan orang ramai. Mage semestinya mempunyai waktu yang tepat dalam mantra mantra untuk menentukan tempo dan menambah jumlah pembunuhan.

Fighter Gameplay

Fighter yang kuat mesti sedar bagaimana untuk melibatkan diri dengan betul pada waktu yang tepat, dengan sasaran yang tepat. Assasin yang tangkas harus pandai membunuh musuh di barisan belakang, penyusupan dan tentunya melalui penipuan. 

Apabila team anda sudah faham tentang peranan masing-masing, anda boleh muka berlatih kombinasi hero yang anda boleh gunakan. 

Strategi tertentu yang dapat digunakan oleh pasukan anda akan memberi tumpuan untuk mengarahkan semua sumber daya kepada hero tertentu. Ia dinamakan sebagai funneling atau formasi 1-3-1. Pasukan anda perlu meletakkan hero di lorong tertentu.

Tank, support, dan carry akan berada di lorong tengah. Mereka mesti melengkapkan broam item untuk memastikan keseluruhan emas disalurkan kepada carry. Ganking dan reaping jungle harus dimasukkan dalam agenda utama mereka. Menyerang dan mencuri buff musuh jika anda boleh. Dua hero yang lain boleh melakukan rondaan di lane yang lain dan push sebanyak mungkin. Sudah tentu, mereka mesti bersedia untuk menyerang dan bertahan.

Untuk strategi itu berjaya, anda mesti bekerjasama dan saling berkomunikasi. Cuba untuk guna strategi ini dengan 5-man lineup untuk keberkesanan yang tinggi. 

Kami suggest untuk anda dapatkan granger, Karrie atau Ling untuk bantu team anda sebagai carry. Pasangkan mereka dengan Diggie, X-Borg, dan Khufra atau Hylos dan tengok macam mana chemistry antara mereka.

Anda seharusnya berasa selesa apabila anda menggunakan hero pilihan. Sudah semestinya penyesuaian mesti dibuat semasa sesi draft, tetapi ada baiknya jika anda mempunyai wira yang baik dan tahu bagaimana mengoptimumkan potensi penuhnya. Tonton corak permainan hebat yang lain untuk mendapatkan pengetahuan yang lebih baik mengenai bagaimana mereka bergerak bersama pasukan mereka dan bagaimana mereka menggunakan kemahiran mereka.

Penting juga untuk pemain untuk enjoy the match. Bak kata pepatah Tigreal, “Sound the horn to victory!”

BUY APP & GAME CREDITS ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here